Saturday, October 30, 2010

Cabaran Produk Fizikal online


Cabaran Perniagaan Produk Fizikal Secara Online

Di antara cabaran penjualan produk fizikal secara online diinternet ialah:

1. Proses Pembungkusan Dan Penghantaran

Proses pembungkusan dan penghantaran produk terpaksa dilakukan secara manual. Bagi mereka yang menjalankan perniagaan produk fizikal ini secara individu, proses ini perlu dilakukan sendiri dan sekiranya pesanan yang diterima terlalu banyak, ianya akan menjadikan kita sibuk seharian untuk membungkus dan menghantar produk. Jika kita mempunyai pembantu, sedikit-sebanyak mereka dapat menolong anda meringankan beban.

2. Pengurusan Inventori

Bagi produk fizikal yang sedia ada, contohnya produk pelangsingan dan kecantikkan yang saya jual, proses mencipta produk sudah pun dilakukan berpuluh-puluh tahun dahulu oleh pihak lain. Tetapi, bagi produk yang memerlukan anda menciptanya sendiri terlebih dahulu, ianya akan menambahkan satu lagi bebanan kepada anda.

Pakaian dan produk kesihatan yang saya jual adalah contoh termudah untuk kita kaji.Pakaian atau kain tersebut tersebut akan dibeli dari pihak pemborongnya sebelum ianya dapat dibungkus dan dihantar kepada pelanggan.

Untuk mengatasi lambakan produk, saya akan ambil tempahan atau belian cuma apabila pesanan diterima. Tip ini penting bagi mengatasi masalah inventori dan konsepnya adalah seperti “print on demand” ataupun “produk cuma dicipta apabila ada pesanan”.

3. Margin Keuntungan Yang Selalunya Rendah

Perlu dinyatakan bahawa bukan semua produk fizikal mempunyai peratusan keuntungan yang tinggi. Berbeza dengan penjualan produk digital seperti E Book yang mampu memberikan keuntungan sehingga 100%, penjualan produk fizikal mungkin tidak dapat memberikan keuntungan sebegitu.

Boleh dikatakan produk fizikal ini memerlukan modal yang besar,sekiranya berlaku lambakan produk,kita akan menanggung risiko itu sendiri.

Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna penjualan produk fizikal tidak dapat menandingi keuntungan jualan produk digital.Untuk menjual produk fizikal,kita perlu membuat kajian terlebih dahulu tentang pasaran semasa,apa kehendak pasaran dan masyarakat,buat kajian mengikut permintaan dan keperluan masyarakat setempat.

Kesimpulannya, menjual produk fizikal juga boleh menjana keuntungan yang lumayan kepada anda sekiranya kena pada permintaan masyarakat semasa..

4. Pengesahan Pembelian Yang Tepat

Kebanyakan medium pembayaran bagi produk tempatan dilakukan secara “bank-in” atau memasukkan wang ke dalam akaun bank penjual sebelum produk dapat dihantar.

Jika produk digital dijual, ianya kurang menjadi masalah sekiranya ada individu yang menyatakan bahawa pembayaran sudahpun dibuat walaupun beliau tidak melakukannya. Ini kerana kos penghantaran produk digital boleh dikatakan sifar berbanding produk fizikal. Jika anda tersilap hantar produk digital kepada pelanggan anda, anda mungkin cuma menghabiskan masa dan tenaga anda menghantar pautan (link) untuk muat turun produk. Tetapi jika anda tersilap hantar produk fizikal kepada pelanggan yang menipu, anda sudahpun mengeluarkan kos produk dan penghantaran kepada mereka tanpa mendapat sebarang keuntungan.

Jualan palsu sebegini mungkin tidak selalu berlaku tetapi ianya akan berlaku sekiranya anda mendapat jualan yang banyak pada sesuatu masa dan beberapa pembeli tidak memberikan bukti kukuh pembelian mereka.

Oleh itu, pengesahan dan semakan pembelian yang tepat perlu dilakukan untuk memastikan anda tidak tertipu dengan mereka yang cuba mencari ruang untuk mendapatkan produk percuma daripada anda.Semak betul-betul duit yang di masukkan,sahkan dengan masa tarikh,masa melakukan transfomasi tidak akan sama bagi setiap orang ,apabila dah betul-betul sah,barulah produk boleh dihantar.

5. Bukan Semua Produk Sesuai

Akhir sekali, bukan semua produk fizikal sesuai dijual melalui internet.

Walaupun kita pernah mendengar kereta atau hartanah dijual di internet di luar negara, perkara sebegini belum lagi berlaku secara meluas (atau tidak berlaku langsung) di negara kita. Mungkin bukan disebabkan produk sebegini tidak dapat dijual tetapi secara purata pasaran tempatan belum lagi bersedia dengan medium jualan sebegini.

Lagipun, pasaran tempatan masih lagi kecil untuk kita memfokuskan jualan produk seperti yang saya nyatakan di atas. Walaupun mungkin ada orang atau syarikat yang berani membeli sebuah kereta di internet berdasarkan keterangan di laman web dan testimoni yang meragukan, secara majoritinya, ramai lagi yang lebih selesa memilih untuk membeli secara bersemuka di kedai atau premis jualan.

Kesimpulannya, jualan produk fizikal di internet tidaklah mustahil dan sekiranya kena dengan cara dan gayanya, anda dapat menjana pendapatan yang lumayan.

Laman web seperti lelong.com.my dan ebay.com adalah contoh di mana ramai usahawan internet yang menjual produk fizikal di internet. Ini membuktikan bahawa memang ada pasaran bagi produk fizikal.


Annie
CSC Cheras

No comments:

Post a Comment