Monday, November 15, 2010

Kepentingan Kalori


Kalori penting untuk badan kita menjana tenaga. Tanpa kalori yang cukup, badan kita akan menjadi lemah tak bermaya. Pernah tak rasa penat dan tiba-tiba rasa macam nak makan makanan yang manis?

Sebenarnya badan kita perlukan kalori untuk jana semula tenaga, dan kalori dari manisan biasanya sangat tinggi nilainya.
Inilah yang buat kita gemuk kerana kita biasanya akan makan atau minum dengan cepat sebab kita perlu kembalikan tenaga dengan kadar yang cepat.

Kalori sebenarnya datang dari 2 jenis sumber bahan:

1. Pepejal
2.Cecair

Kebanyakan orang ramai yang tahu tentang kepentingan hubungan kalori dengan kegemukan biasanya hanya mengambil tahu tentang kalori dalam bentuk Pepejal sahaja.

Kalori pepejal contohnya burger, kek, ayam goreng, kentang goreng, pizza, biskut dan makanan lain yang biasanya tinggi dalam bilangan kalori tetapi sangat rendah nilai zat makanan.

Orang selalu lupa jenis yang satu lagi iaitu Kalori dari bahan cecair. Minuman berkarbonat, kopi, teh tarik, minuman segera lain yang kita kadang-kadang ambil semasa sarapan dan bermacam lagi jenis minuman yang biasanya dicipta untuk rasa yang sangat sedap tetapi biasanya dijual dengan harga yang murah.


Yang paling tak syok, dia punya nilai zat makanan kadang-kadang kosong! Sangat penting untuk kita kaji semula berapa kalori yang kita perlukan sehari. Biasanya wanita di Malaysia cuma perlukan 1800 kalori hingga 2000 kalori sahaja. Manakala lelaki perlu 2200 hingga 2400 kalori. Nilai yang kat atas ni hanyalah panduan. Kita boleh kira dengan agak tepat bergantung kepada aktiviti yang kita jalankan dalam seharian. Kalau aktif, maka tuntutan kalori badan akan jadi lebih tinggi daripada orang yang tidak aktif. Badan yang besar, tinggi akan perlukan kalori yang lebih tinggi daripada orang yang kecil molek dan rendah.

Kesimpulannya, kalau nak langsing, kurus, sihat dan menawan, kita sebenarnya perlu ambil tahu tentang kalori!

Sumber:CSC Blog

Keperluan Kalori Untuk Tubuh Kita Sehari


Keperluan Kalori Tubuh Kita

Kita sebenarnya hanya perlukan 2000 kalori dan biasanya kita akan Termakan 3000 kalori lebih dalam sehari. Kadang-kadang, kita Termakan sehingga 4000 kalori sehari macam masa raya, lemang, rendang, lodeh...lepat, maaf, lepat biasanya tak ada dalam menu Raya, tapi ia masih tinggi kalori dan gulanya!

Sekarang ini jadi satu masalah untuk kita makan dan minum kurang dari 2000 kalori sehari. Mee goreng aje dah 700 kalori sepinggan, itu belum masuk lagi telur mata kerbau kuning dia cair. Teh tarik gelas besar...

Senang-senang dah capai 1100 kalori. Bila sampai pukul 10 pagi lapar dah, sebab kita kurang protein, mee goreng mana nak ada protein yang cukup! TERmakanlah pulak karipap 2 biji, kuih seri muka sepotong, kalau tak minum sikit tercekik pulak, jadi kita minum teh O panas.

Pagi aje kita dah Termakan hampir 1800 kalori!

Itulah sebabnya dunia sekarang ni jadi semakin berat dengan manusia yang semakin lama semakin gemuk.

Dari bayi kita membesar ke arah atas, bila capai umur 17 tahun dimana badan kita mula jatuh kadar metabolismanya, kita membesar ke arah sisi, depan, ke belakang, kiri dan kanan!

WHO (World Health Organization) melaporkan bahawa 1.6 billion manusia terlebih berat badannya!

Biar saya gambarkan sedikit 1.6 billion tu berapa ramai. Oklah, 1 billion = 1000 juta, jadi 1.6 billion adalah 1600 juta.

Penduduk Malaysia secara rasminya ada 26 juta, jadi orang yang mengalami masalah berat badan sebenarnya adalah seramai 61X rakyat Malaysia!!

Ini dah boleh dianggap sebagai wabak.

Jadi, sekarang ini target kita untuk menjadi langsing, kurus, sihat, menawan dan bertenaga adalah dengan mengawal pengambilan kalori kita kepada 2000 maksimum sehari.

Tetapi ingat, kita tidak boleh tidak makan, kerana badan kita masih perlukan makanan iaitu zat-zat yang pelbagai namanya (akan saya huraikan pada post saya yang akan datang). Cuma kita perlu PILIH apa yang kita makan & minum!

Mari kita ubah sedikit demi sedikit tabiat pemakanan dan peminuman kita agar kita boleh jadi langsing, kurus, sihat, menawan dan bertenaga sepanjang hari dan InsyaAllah sepanjang HAYAT!

Sumber:CSC Blog

Tuesday, November 9, 2010

6 Tips untuk Diet

Tips untuk diet atau makan dengan sihat.

Artikel kali ini akan menerangkan beberapa tips yang boleh kita ambil kira apabila kita ingin makan dengan sihat.

Tips-tips ini adalah berkisar kepada asas bagaimana untuk kita bina program diet seimbang.

(1) Makan jumlah kalori yang cukup

Jumlah kalori yang cukup dalam diet seimbang berkait rapat dengan menu diet kita. Jumlah kalori yang cukup biasanya adalah sekitar 2000 kalori seharian. Jangan makan lebih dari apa yang badan kita mampu bakar. 2000 kalori seharian bermakna, badan kita biasanya boleh bakar 2000 kalori sehari. Tetapi ini adalah purata sahaja, kadar ini bergantung kepada usia, jantina, aktiviti kita seharian, umur kita, bentuk fizikal kita, berat badan dan tinggi kita.

(2) Kurangkan kuantiti banyakkan bilangan hidangan

Masa untuk perut kita menghantar signal kenyang kepada otak mengambil masa lebih kurang 20 minit. Jika kita makan makanan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa. Kita biasanya akan termakan lebih dari sepatutnya.

(3) Makan makanan yang pelbagai jenisnya.

Untuk mendapatkan signal kenyang dari perut kepada otak. Kita sebenarnya memerlukan zat makanan yang cukup supaya kekenyangan ini berkekalan lama. Sebagai contoh, jika kita perlukan sayuran dan buah-buahan, kita sebenarnya perlu makan 5 warna sayur dan buah untuk memastikan kita dapat kesemua zat makanan yang diperlukan badan. Contohnya vitamin C.

(4) Klik di sini untuk dapatkan set menu makanan yang seimbang dimana kita akan diberikan peluang untuk mengantikan makanan rutin kita dengan lebih mudah.

(5) Elakkan gula, garam dan minyak.

Mungkin kita tidak boleh mengelakkan 100% tetapi perubahan 50% sahaja sudah banyak akan mengubah hidup kita 50%. Jadi kemungkinan untuk mendapat penyakit juga turun lebih dari 50%.

(6) Buat matlamat satu per satu.

Jangan cuba untuk buat terlalu banyak perkara dalam satu masa. Contohnya kita nak makan sihat, senaman sihat, minum sihat, cakap pasal sihat dan berbagai-bagai lagi benda yang kita nak capai dalam satu masa. Buat satu sahaja perkara dalam satu masa.


Sumber:CSC(Center)

Tea Mix

Produk Herbalife – Tea Mix

Tea Mix – Lemon and Hibiscus

Perasa: Lemon

Tea Mix (50g)

Tea Mix (50g)

Fakta Am

This delicious tea mix blends green tea and orange pekoe with cardamon seed, lemon peel and hibiscus for an uplifting and tasty treat.

Tea Mix yang enak ini adalah campuran teh hijau dan teh hitam dengan buah pelaga, kupasan lemon dan bunga raya untuk rasa yang enak dan menyegarkan.

Cara Pengunaan

Mix 1/2 teaspoon (more or less as desired) of Tea Mix with 200 to 240ml hot or cold water and enjoy.

Campurkan separuh sudu teh (kurang atau lebih mengikut selera) serbuk Tea Mix ke dalam 200 hingga 240ml air panas atau sejuk dan nikmatinya.

Fakta Nutrisi/Nutrition Facts

Serving Size (Saiz hidangan) : 1/2 teaspoons (1.7g)

Serving per Container (Jumlah hidangan per botol): 30

Energy (tenaga) : 5.8kcal

Total Fat (jumlah lemak) : 0g

Sodium : 3mg

Total Carbohydrate (jumlah karbohidrat) : 1.35g

Protein : 0.1g

Bahan-bahan

Maltodextrin, Fructose, Orange Pekoe Extract, Green Tea Extract, Lemon Peel Extract, Cardamom Seed Extract, Malva sylvestris Extract and Hibiscus Flower Powder.

Sumber.CSC(Center)

Formula 3

produk Herbalife – Formula 3

Formula 3 – Blended Soy and Whey Protein Powder

Perasa : Plain Standard (Tiada Perasa)

Formula 3 (240g)

Formula 3 (240g)

Fakta Am

Now you can get non-fat protein from this Blended Soy and Whey Protein Powder.

Sekarang anda boleh dapatkan protein tanpa lemak dari Blended Soy and Whey Protein Powder.

Cara Pengunaan

One tablespoon (one serving) supplies 5 grams of protein. Take 2 to 4 servings daily. This plain, unsweetened formula can be added to your Formula 1 Shake or stirred into other foods and beverages, including cereal, yogurt, sauces and soups.

Satu sudu makan (satu hidangan) membekalkan 5 gram protin. Ambil 2 hingga 4 hidangan sehari. Produk yang tidak berperasa dan formula yang tidak bergula ini boleh dicampurkan bersama Shake Formula 1 atau dicampurkan dengan makanan dan minuman yang lain, termasuklah bijirin, yogurt, sos dan sup.

Untuk Keputusan Maksimum

Women should add 1 to 2 tablespoons (10grams of protein) of Blended Soy and Whey Protein Powder to each Shapeworks Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink, and men should add 1 to 3 tablespoons (15 grams of protein)

Wanita boleh menambah 1 hingga 2 sudu makan (10 gram protin) Blended Soy and Whey Protein Powder ke dalam setiap Shapeworks Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink, dan lelaki boleh mencampurkan 1 hingga 3 sudu makan (15 gram protin)

Fakta Nutrisi / Nutrition Facts

Serving Size (Saiz hidangan) : 1 tablespoons (6g)

Serving per Container (Jumlah hidangan per botol): 40

Energy (tenaga) : 20kcal

Total Fat (lemak) : 0g

Monounsaturated Fatty Acids : 0g

Polyunsaturated Fatty Acids : 0g

Saturated Fat : 0g

Trans Fatty Acids : 0g

Sodium : 44mg

Total Carbohydrate (jumlah Karbohidrat) : 0g

Dietary Fiber (serat makanan) : 0g

Sugars (gula) : 0g

Protein : 5g

Bahan-bahan

Soy protein isolate, whey protein concentrate, natural flavor and silicon oxide.

Formula 1

Produk Herbalife – Formula 1 (Dutch Chocolate)

Formula 1: Nutritious Mixed Soy Powder Drink

Perasa: Coklat (Dutch Chocolate)

Dutch Chocolate

Dutch Chocolate (550g)

Fakta Am

This great-tasting Formula 1 powder provides protein and fiber with only 89 calories and 2.4 grams of fat per serving. When mixed with 240ml of nonfat milk, Formula 1 Shake has only 179 calories. Enjoy as part of your Shapeworks Program.

Formula 1 yang berasa enak ini mengandungi protin dan fiber dengan hanya 89 kalori dan 2.4 gram lemak dalam setiap hidangan. Apabila dicampurkan dengan 240ml susu tanpa lemak, Shake Formula 1 ini hanya mengandungi 179 kalori. Nikmatinya sebagai sebahagian daripada Program Shapeworks.

Cara Pengunaan

Blend or stir 2 heaping tablespoons (25 grams) of Formula 1 with 240ml of nonfat milk or soy milk and enjoy! Create your own Formula 1 recipes by adding fresh fruit and ice.

Kisar atau kacaukan 2 sudu makan mengunung (25 grams) Formula 1 dengan 240ml susu tanpa lemak atau air soya dan nikmatinya! Cipta resipi anda sendiri dengan menambah buah-buahan segar atau ais.

Untuk Keputusan Maksimum

Combine with Shapeworks Formula 3: Blended Soy and Whey Protein Powder.

Campurkan dengan Shapeworks Formula 3: Blended Soy and Whey Protein Powder.

Fakta Nutrisi / Nutrition Facts

Serving Size (Saiz hidangan) : 2 heaping tablespoons (25g)

Serving per Container (Jumlah hidangan per botol): 22

Energy (tenaga) : 89kcal

Total Carbohydrate (jumlah Karbohidrat) : 8.28g

Dietary Fiber (serat makanan) : 2.4g

Sugars (gula) : 7.6g

Fat (lemak) : 2.4g

Monounsaturated Fatty Acids : 0.38g

Polyunsaturated Fatty Acids : 1.35g

Trans Fatty Acids : 0g

Cholesterol (Kolestrol) : 0.05mg

Sodium : 130mg

Biotin : 24ug

Pantothenic Acid (Vitamin B5) : 1.6mg

Phosphorus :175mg

Protein : 8.65g

Vitamin A : 303ug

Vitamin C : 14.43mg

Calcium (Kalsium) : 96.25mg

Iron (Zat Besi) : 5mg

Vitamin D : 2.4ug

Vitamin E: 4.8mg

Thiamin (Vitamin B1) : 0.27mg

Riboflavin (Vitamin B2) : 0.405mg

Niacin (Vitamin B3) : 5.2mg

Vitamin B6 : 0.48mg

Folate (Vitamin B9) : 57.75ug

Vitamin B12 : 0.48ug

Iodine : 38.5ug

Magnesium : 23.08mg

Zinc : 3.55mg

Bahan-bahan

Soy protein isolate, fructose, cocoa powder, soy lecithin, soy oil, fructooligosaccharides, guar gum, calcium citrate, oat fiber, cellulose, milk protein, corn bran, silicon dioxide, dextrose, biscuit flavour, carrageenan, xanthan gum, vanilla, salt, rapeseed oil, magnesium oxide, ascorbic acid, honey powder, citrus pectin, aspartame, dl-alpha tocopheryl acetate, ferrous fumarate, niacinamide, parsley powder, papaya powder, zinc oxide, copper gluconate, vitamin A palmitate, panthotenic acid, Vitamin D, antioxidant mix 9dl-alpha tocopherol, ascorbyl palmitate, lecithin), pyridoxine hydrochloride, cyanocobalamin, riboflavin, thiamin, manganese carbonate, folic acid, potassium iodide, sodium selenite, biotin.

Monday, November 1, 2010

Kenali Vitamin C


Kenali Vitamin C

Pengenalan

Vitamin C adalah antara Micronutrient (zat makanan yang diperlukan dalam kuantiti kecil) yang boleh larut dalam air (water soluble). Ia amat penting untuk tujuan tumbesaran.

Apabila ia dikategorikan sebagai “boleh larut air”, maka vitamin ini tidak boleh disimpan oleh badan. Lebihan Vitamin C ini akan dikeluarkan dari badan melalui air kencing. Ini bermakna kita perlukan bekalan Vitamin C setiap hari.

Vitamin C juga dipanggil Ascorbic Acid.

Fungsi

Vitamin C diperlukan untuk pertumbuhan atau tumbesaran tisu badan, membaik pulih tisu badan di seluruh badan kita. Ia adalah amat penting untuk membentuk kolagen. Kolagen pula adalah sejenis protein yang digunakan untuk membentuk;

  1. Kulit
  2. Kulit melitupi luka
  3. Tendon
  4. Ligamen
  5. Salur darah

Ia juga amat penting untuk;

  • memulihkan luka
  • memulihara rawan
  • memulihara tulang
  • memulihara gigi

Vitamin C juga adalah agen anti-oksidan yang sangat baik.

Sumber Vitamin C

  1. Buah-buahan sitrus (orange, limau dsb)
  2. Tembikai
  3. Betik
  4. Mangga
  5. Kobis
  6. Nenas
  7. Tomato
  8. Keledek
  9. Dll

Kesan Sampingan

Terlebih: 2000mg++ sehari. Mungkin akan menyebabkan sakit perut dan cirit birit

Kurang:

  1. Rambut jadi kering dan hujung terbelah
  2. Kulit kering
  3. Sendi bengkak
  4. Pendarahan hidung
  5. Gusi berdarah
  6. Kurang daya tahan penyakit
  7. Luka lambat sembuh
  8. dll

Dos Disyorkan

  • Lelaki 19 tahun ke atas: 90mg sehari
  • Wanita 19 tahun ke atas: 75mg sehari
  • Remaja Lelaki 14-18 tahun: 75mg sehari
  • Remaja Perempuan 14-18 tahun: 65mg sehari
  • Kanak-kanak 9-13 tahun: 45mg sehari
  • Kanak-kanak 4-8 tahun: 25mg sehari
  • Kanak-kanak 1-3 tahun: 15mg sehari
  • Bayi 7-12 bulan: 50mg sehari
  • Bayi 0-6 bulan: 40mg sehari

Sebenarnya Badan Kita Sudah OK


10. Sebenarnya, berat badan kita dah OK!

Ramai antara kita ni tersilap tanggapan. Ada yang saiz rangkanya memang besar, tapi letak matlamat untuk jadi macam model pakaian dalam.

Cara terbaik untuk check sama ada kita kena turunkan berat badan atau tak adalah dengan mengira beberapa parameter seperti;

(1) Peratusan lemak dalam badan

(2) Body Mass Index

Setiap orang ada berlainan bentuk badannya. Ada yang tegap macam pokok kayu. Ada yang kurus melidi dan ada yang agak gempal tetapi sebenarnya mereka ini sihat tanpa sebarang penyakit.

Jadi, kita perlu ada ilmu yang betul agar apa yang kita letakkan sebagai matlamat itu sebenarnya boleh dicapai.

Telah Mecapai tahap "Plateau"


9. Anda telah capai tahap “plateau”

Plateau (disebut “plato”) ini adalah satu keadaan dimana badan kita mula lali dengan apa yang kita buat. Semua orang akan melalui keadaan ini jika mereka lakukan sesuatu untuk turunkan berat badan.

Berat badan akan turun pada peringkat permulaan, kemudian akan jadi perlahan penurunannya dan sampai satu tahap ia akan berhenti langsung dari turun.

Antara sebab berlakunya plateau ini ialah;

  • Kita makan terlalu rendah kiraan kalorinya
  • Kita lakukan senaman yang sama sahaja sepanjang masa
  • Kita senaman terlalu keras atau keterlaluan

Mempunyai Masalah Kesihatan


8. Ada masalah kesihatan

Sesetengah penyakit boleh menyebabkan metabolisma kita menurun. Contohnya penyakit tiriod (thyroid). Orang yang mengalami penyakit ini biasanya senang untuk berat mereka bertambah.

Antara orang-orang yang berisiko menghadapi masalah penyakit kelenjar tiroid ialah:

  • Perempuan
  • Genetik
  • Mengidapi sakit pituitari atau endokrin yang lain
  • Usia lebih 60 tahun
  • Merokok

Ada dua jenis penyakit tiroid yang utama:

  • Hipertiroidisme / Tirotoksikosis
  • Hipotiroidisme

Dalam kes hyperthyroidism / thyrotoxicosis, hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :

  • Grave's disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan
  • Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri
  • Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan

Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:

  • Bengkak di leher
  • Cirit birit
  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  • Gementar dan gelisah, terketar-ketar
  • Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
  • Kesuburan turun
  • Penumpuan kurang
  • Mata menjadi besar (bulging)
  • Angin yang tidak menentu
  • Kejang otot
  • Oesteoporosis (kereputan tulang)
  • Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
  • Suhu badan naik, tak tahan panas
  • Rambut tidak kuat
  • Sukar bernafas
  • Sukar tidur
  • Tekanan darah naik
  • Turun berat badan walaupun selera naik
  • Lemah

Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup.

Tak Dapat Bersabar


7. Kita tak sabar

Kita terlalu cepat sangat nak tengok perubahan. Senaman baru 30 minit, kita dah naik timbang. Baru kita diet sehari, kita dah naik timbangan. Bila nampak KG naik kita jadi tak semangat. Rasa yang kita punya senaman tak berguna. Lebih baik tidur!

Kita kena tahu yang perjuangan melawan kegemukan ini akan mengambil masa bertahun-tahun. Lagipun kita jadi gemuk bukan dalam masa sebulan. Ada yang 10 tahun baru badannya dari slim jadi gemuk.

Jadi, nak turunkan berat tu juga mengambil masa. Tapi, jika proses menjadi gemuk mengambil masa 10 tahun, kita patut berikan masa pada diri kita sendiri untuk turunkan dalam masa 1 tahun.