Monday, November 15, 2010

Keperluan Kalori Untuk Tubuh Kita Sehari


Keperluan Kalori Tubuh Kita

Kita sebenarnya hanya perlukan 2000 kalori dan biasanya kita akan Termakan 3000 kalori lebih dalam sehari. Kadang-kadang, kita Termakan sehingga 4000 kalori sehari macam masa raya, lemang, rendang, lodeh...lepat, maaf, lepat biasanya tak ada dalam menu Raya, tapi ia masih tinggi kalori dan gulanya!

Sekarang ini jadi satu masalah untuk kita makan dan minum kurang dari 2000 kalori sehari. Mee goreng aje dah 700 kalori sepinggan, itu belum masuk lagi telur mata kerbau kuning dia cair. Teh tarik gelas besar...

Senang-senang dah capai 1100 kalori. Bila sampai pukul 10 pagi lapar dah, sebab kita kurang protein, mee goreng mana nak ada protein yang cukup! TERmakanlah pulak karipap 2 biji, kuih seri muka sepotong, kalau tak minum sikit tercekik pulak, jadi kita minum teh O panas.

Pagi aje kita dah Termakan hampir 1800 kalori!

Itulah sebabnya dunia sekarang ni jadi semakin berat dengan manusia yang semakin lama semakin gemuk.

Dari bayi kita membesar ke arah atas, bila capai umur 17 tahun dimana badan kita mula jatuh kadar metabolismanya, kita membesar ke arah sisi, depan, ke belakang, kiri dan kanan!

WHO (World Health Organization) melaporkan bahawa 1.6 billion manusia terlebih berat badannya!

Biar saya gambarkan sedikit 1.6 billion tu berapa ramai. Oklah, 1 billion = 1000 juta, jadi 1.6 billion adalah 1600 juta.

Penduduk Malaysia secara rasminya ada 26 juta, jadi orang yang mengalami masalah berat badan sebenarnya adalah seramai 61X rakyat Malaysia!!

Ini dah boleh dianggap sebagai wabak.

Jadi, sekarang ini target kita untuk menjadi langsing, kurus, sihat, menawan dan bertenaga adalah dengan mengawal pengambilan kalori kita kepada 2000 maksimum sehari.

Tetapi ingat, kita tidak boleh tidak makan, kerana badan kita masih perlukan makanan iaitu zat-zat yang pelbagai namanya (akan saya huraikan pada post saya yang akan datang). Cuma kita perlu PILIH apa yang kita makan & minum!

Mari kita ubah sedikit demi sedikit tabiat pemakanan dan peminuman kita agar kita boleh jadi langsing, kurus, sihat, menawan dan bertenaga sepanjang hari dan InsyaAllah sepanjang HAYAT!

Sumber:CSC Blog

No comments:

Post a Comment