Monday, November 15, 2010

Kepentingan Kalori


Kalori penting untuk badan kita menjana tenaga. Tanpa kalori yang cukup, badan kita akan menjadi lemah tak bermaya. Pernah tak rasa penat dan tiba-tiba rasa macam nak makan makanan yang manis?

Sebenarnya badan kita perlukan kalori untuk jana semula tenaga, dan kalori dari manisan biasanya sangat tinggi nilainya.
Inilah yang buat kita gemuk kerana kita biasanya akan makan atau minum dengan cepat sebab kita perlu kembalikan tenaga dengan kadar yang cepat.

Kalori sebenarnya datang dari 2 jenis sumber bahan:

1. Pepejal
2.Cecair

Kebanyakan orang ramai yang tahu tentang kepentingan hubungan kalori dengan kegemukan biasanya hanya mengambil tahu tentang kalori dalam bentuk Pepejal sahaja.

Kalori pepejal contohnya burger, kek, ayam goreng, kentang goreng, pizza, biskut dan makanan lain yang biasanya tinggi dalam bilangan kalori tetapi sangat rendah nilai zat makanan.

Orang selalu lupa jenis yang satu lagi iaitu Kalori dari bahan cecair. Minuman berkarbonat, kopi, teh tarik, minuman segera lain yang kita kadang-kadang ambil semasa sarapan dan bermacam lagi jenis minuman yang biasanya dicipta untuk rasa yang sangat sedap tetapi biasanya dijual dengan harga yang murah.


Yang paling tak syok, dia punya nilai zat makanan kadang-kadang kosong! Sangat penting untuk kita kaji semula berapa kalori yang kita perlukan sehari. Biasanya wanita di Malaysia cuma perlukan 1800 kalori hingga 2000 kalori sahaja. Manakala lelaki perlu 2200 hingga 2400 kalori. Nilai yang kat atas ni hanyalah panduan. Kita boleh kira dengan agak tepat bergantung kepada aktiviti yang kita jalankan dalam seharian. Kalau aktif, maka tuntutan kalori badan akan jadi lebih tinggi daripada orang yang tidak aktif. Badan yang besar, tinggi akan perlukan kalori yang lebih tinggi daripada orang yang kecil molek dan rendah.

Kesimpulannya, kalau nak langsing, kurus, sihat dan menawan, kita sebenarnya perlu ambil tahu tentang kalori!

Sumber:CSC Blog

No comments:

Post a Comment