Tuesday, November 9, 2010

6 Tips untuk Diet

Tips untuk diet atau makan dengan sihat.

Artikel kali ini akan menerangkan beberapa tips yang boleh kita ambil kira apabila kita ingin makan dengan sihat.

Tips-tips ini adalah berkisar kepada asas bagaimana untuk kita bina program diet seimbang.

(1) Makan jumlah kalori yang cukup

Jumlah kalori yang cukup dalam diet seimbang berkait rapat dengan menu diet kita. Jumlah kalori yang cukup biasanya adalah sekitar 2000 kalori seharian. Jangan makan lebih dari apa yang badan kita mampu bakar. 2000 kalori seharian bermakna, badan kita biasanya boleh bakar 2000 kalori sehari. Tetapi ini adalah purata sahaja, kadar ini bergantung kepada usia, jantina, aktiviti kita seharian, umur kita, bentuk fizikal kita, berat badan dan tinggi kita.

(2) Kurangkan kuantiti banyakkan bilangan hidangan

Masa untuk perut kita menghantar signal kenyang kepada otak mengambil masa lebih kurang 20 minit. Jika kita makan makanan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa. Kita biasanya akan termakan lebih dari sepatutnya.

(3) Makan makanan yang pelbagai jenisnya.

Untuk mendapatkan signal kenyang dari perut kepada otak. Kita sebenarnya memerlukan zat makanan yang cukup supaya kekenyangan ini berkekalan lama. Sebagai contoh, jika kita perlukan sayuran dan buah-buahan, kita sebenarnya perlu makan 5 warna sayur dan buah untuk memastikan kita dapat kesemua zat makanan yang diperlukan badan. Contohnya vitamin C.

(4) Klik di sini untuk dapatkan set menu makanan yang seimbang dimana kita akan diberikan peluang untuk mengantikan makanan rutin kita dengan lebih mudah.

(5) Elakkan gula, garam dan minyak.

Mungkin kita tidak boleh mengelakkan 100% tetapi perubahan 50% sahaja sudah banyak akan mengubah hidup kita 50%. Jadi kemungkinan untuk mendapat penyakit juga turun lebih dari 50%.

(6) Buat matlamat satu per satu.

Jangan cuba untuk buat terlalu banyak perkara dalam satu masa. Contohnya kita nak makan sihat, senaman sihat, minum sihat, cakap pasal sihat dan berbagai-bagai lagi benda yang kita nak capai dalam satu masa. Buat satu sahaja perkara dalam satu masa.


Sumber:CSC(Center)

No comments:

Post a Comment