Sunday, October 31, 2010

Senaman tapi berat tak Turun


Ramai kawan-kawan kita yang nak turunkan berat badan mengalami masalah dimana penurunan berat badan tidak berlaku. Turun hanya pada peringkat permulaan sahaja, kemudian berat berkekalan.

Di sini saya akan huraikan beberapa sebab utama;

1. Senaman yang tak mencukupi

Ramai yang tak faham bahawa untuk kita turunkan berat badan, kita sebenarnya perlu bekerja keras. Pernah tengok “Biggest Loser”? Tengok macam mana diaorang dikerah untuk bersenaman. Adakah senaman yang kita buat sama macam diaorang?

Senaman yang tak cukup ni bermaksud, pergerakan yang kita lakukan masa kita senaman tu tidak menjangkau tahap ketahanan badan kita. Senaman untuk turunkan berat badan ni kena capai satu tahap batas kemampuan badan kita supaya lemak berlebihan akan dibakar.

Kardio

Untuk turunkan berat badan, kita kena buat senaman kardio sebanyak 5 kali seminggu. Setiap sesi paling kurang 30 minit. Kardio ni maksudnya pergerakan, berlari, berbasikal, berenang, tu semuanya kardio.

Senaman Kekuatan

Senaman ni kena buat 2 kali seminggu, tapi jangan berturut-turut. Maksud saya, kalau kita angkat dumbbell pada hari Isnin, maka hari seterusnya ialah paling awal Rabu.

Senaman angkat berat atau “strength exercise” ni kenalah buat dengan betul. Berat yang dipilih pula kena tepat. Contohnya kita angkat dumbbell, kita sepatutnya hanya mampu angkat sebanyak 12 kali satu round, tak boleh lebih dari tu. Kalau kita mampu angkat sampai 13 kali, maknanya berat tu tak cukup untuk stimulasi pertumbuhan otot kita.

Senaman yang betul ialah 12 kali – rehat 30 saat – 12 kali – rehat seminit – 12 kali.

Jika kita tidak angkat berat yang cukup, otot kita tidak didera dan ia tidak akan membesar. Pembesaran atau penguatan otot akan menghasilkan kadar daya pembakaran kalori yang lebih tinggi (metabolisma).


Sumber:CSC(Center)

No comments:

Post a Comment